GAGASAN 1 MALAYSIA

Categories:


Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.


Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
November 2009

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "GAGASAN 1 MALAYSIA"

Post a Comment



Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian.

Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan.

Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan Kongres".